Sepertimana yang kita ketahui, mukbang
berasal dari negara Korea. Mukbang ini terkenal sejak tahun 2010 lagi. Walaupun
sekarang sudah menghampiri 2020, mukbang masih lagi terkenal di negara
Malaysia. Mukbang biasanya dilakukan secara siaran langsung di Instagram atau
di Youtube yang dipersembahkan oleh orang yang berpengaruh atau youtuber yang
terkenal. Mereka akan menyajikan pelbagai jenis makanan dan menghabiskannya
dalam kuantiti yang banyak. Kebiasaanya, mereka akan memberikan komen terhadap
makanan yang telah dimakan.
Antara youtuber atau mukbanger yang terkenal adalah Isaac Osman,
Sheedot, Baby tora-tora dan ramai lagi artis yang lain. Mereka semua mempunyai
follower dan subscribers yang sangat ramai. Apa yang menariknya video mukbang
ini? Mereka menggunakan video ASMR. ASMR adalah singkatan Bahasa Inggeris yang
bermaksud Autonomous Sensory Meridian Response. Ia juga merupakan satu teknik
untuk merangsang telinga dan otak bagi menenangkan anggota badan. ASMR adalah
video yang menggunakan suara berulang kali seperti bunyi mengunyah makanan dan
meneguk air. Mereka juga akan menggunakan mikrofon sebagai alat untuk
meningkatkan lagi bunyi makanan tersebut. Mukbang tidak tertumpu kepada makanan
mewah sahaja, tetapi terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh dijadikan dalam
penghasilan sesuatu video.
Melalui hasil tinjauan dan pemerhatian, didapati bahawa video mukbang ini sering mendapat
perhatian yang lebih dan menjadi tarikan dalam kalangan remaja dan dewasa
seawal usia belasan tahun. Hal ini kerana golongan yang berusia 40 tahun dan ke
atas didapati tidak berminat dengan video mukbang sebegini. Tinjauan juga
mendapati bahwa individu yang gemar menonton video mukbang ini adalah bertujuan
untuk mengisi masa lapang mereka atau sekadar suka-suka sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan