Maahad Muhammadi Perempuan merupakan antara sekolah yang terkenal
di negeri Kelantan di bawah Yayasan Islam Kelantan. Pada asalnya, sekalah ini
dikenal sebagai Maahad Muhammadi sahaja kerana pada awalnya sekolah ini terdiri
daripada kaum lelaki dan perempuan. Pada tahun 1989, Maahad Muhammadi
dipisahkan menjadi Maahad Muhammadi Lelaki
yang terletak di Jalan Tok Guru manakala Maahad Muhammadi Perempuan
terletak di Jalan Merbau.
Dari dudut akademik, pada awal masuk sekolah tersebut, aku agak
terbeban dengan bilangan 21 subjek yang terdiri daripada subjek agama dan
akademik. Bayangkan, tingkatan 1 sudah mula mempelajari ilmu Nahu, Feqah serta
mula menghafal Hadis, Tafsir dan lain-lain lagi. Tetapi jika dilihat dari sudut
pandangan positif, sebenarnya sangat berbaloi sebab kesemua itu kita boleh
amalkan dalam kehidupan dan secara peribadi aku sendiri masih lagi ingat
walaupun bukan semua pelajaran semasa berada di Tingkatan 1. Yayasan Islam
Kelantan amat mementingkan kecemerlangan akhlak dan akademik. Bagi pendapat
aku, aku amat terhutang budi dan menyayangi kesemua asatizah, para guru,
murabbi yang banyak mencurahkan ilmu dunia dan akhirat.
Dari sudut tarbiah pula, kita dididik dengan usrah, tamrin, program
Qiamullail dan akan ada Naqibah dari kalangan kakak-kakak yang akan membimbing
setiap ahli kumpulan. Kebiasaanya, usrah ini akan dilakukan pada setiap hari
Rabu jam 3 petang sehingga 4:30 petang.
Dari sudut bi’ah dah suasana, kita akan dilatih memakai tudung
labuh serta didedahkan dengan pelbagai program keagamaan.
Apa yang penting, ingatlah pergi mana-mana sekalipun jangan pernah
kita tinggalkan agama. Hakikatnya, kita membawa agama Islam di mana jua kita
pergi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan