Jom Bercuti Ke Genting Highland! Baru-baru ini, aku meluangkan masa
bersama abang dan adik pergi bercuti ke Genting Higland. Sejujurnya, aku belum
pernah ke sana dan teringin sekali untuk pergi dan Alhamdulillah hasratku
tercapai jua. Perjalan dari Kuala Lumpur ke Genting Highland memakan masa
selama satu jam setengah. Semasa dalam perjalanan, kami berborak sambil
bergelak ketawa untuk mengisi kebosanan sementara menunggu sampai ke destinasi
yang sebenar. Aku dapat melihat suasana pokok hijau sepanjang jalan yang
menutupi cahaya matahari dari sampai ke pintu kenderaan. Jalannya agak curam
dan berbengkang-bengkok menyebabkan aku berasa agak pening.
Setelah tiba di destinasi, kami pergi menaiki cable car skyway.
Kami memilih untuk membeli tiket express line berbanding biasa kerana bilangan
orang pada waktu itu sangat ramai. Harga tiket agak sedikit mahal berbanding
biasa. Semasa di dalam cable car, kami dapat melihat sepanjang perjalanan
sedang berada dalam proses pembinaan dan pembaikan. Cuaca ketika itu agak panas
tetapi apabila tiba di puncak cuaca berubah menjadi sejuk.
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan pergi shopping di Genting
Premium Outlet. Kelihatan ramai pelancong asing dari luar negara dan kebetulan
pada waktu itu musim cuti persekolahan. Apa yang dapat kami perhatikan, terdapat
ramai bangsa cina dan bukan Islam. Kami terpaksa berhati hati untuk memilih
makanan kerana majoritinya penjual adalah bukan Islam. Dalam 30 minit kami
berjalan di dalam Mall. Puncak genting Highland terdapat taman tema yang boleh pilih sama ada indoor
ataupun outdoor.
Tepat pukul 4:00 petang, kami meneruskan perjalanan untuk pulang.
Cuaca mulai mendung menandakan hujan akan turun. Sebagai langkah berjaga-jaga,
kami memandu dengan berhati-hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan